Thursday 14 April 2016

Supplement ohh Supplement

Selalu dengar orang cakap makanla 'supplement' supaya lagi sihat, lagi cantik, lagi gebu, lagi menawan da boom boom. Objektif kebanyakan orang makan supplement adalah untuk dapat badan cantek macam gitar atau kerengga, supaya suami sayang. Itu fokus utama. Dulu bila orang sebut pasal supplement, terus je saya lari duduk jauh-jauh. Malas nak dengar salesman promot product  yang dia jual. Tambahan pulak, saya memang orang miskin. Jadi, supplement ni antara benda yang saya tak pernah terfikir pun nak guna.

Saya start ambil supplement ni lepas dua tahun berkahwin. Mula dengan set Pre-Natal keluaran Shaklee. Sebabnya masa tu saya tak boleh telan vitamin dari klinik, asyik muntah je. Tambahan pulak kalau makan obimin yang merah darah tu. Yuckss! Bila sendawa rasa semacam je nafas tu. MUla-mula kita bagi penerangan sedikit apa itu supplement yang orang dok kecoh-kecoh suruh makan ni.

Apakah itu 'Supplement'

Supplement adalah sejenis makanan tambahan yang bertujuan untuk memberikan vitamin atau minerals yang mungkin tidak mampu di hasilkan oleh badan atau hilang dari badan atas faktor-faktor tertentu. Selalunya orang akan cakap, " Eh, nenek dengan atok aku okay je tak makan supplement nih. Sihat wal-afiat aje aku tengok." 

Perlu ka 'Supplement'? 

Okeh. Memang, orang dolu-dolu tak makan supplement bagai, vitamin-vitamin ni mana ada tapi dia orang maintain sihat, hot & spicy sebab apa? Sebab pemakanan, cara hidup dan persekitaran masa tu lain. Tak sama macam kita. Kita ni semua benda kita sebat. Kalau boleh telan fast-food tu setiap hari. Tak termasuk lagi minum air bikarbonat bergelen-gelen. Air manis pagi petang siang malam. Nak minum air puteh ni memang liat. Kalau minum pun tu ha, yang dalam peti ais. Air sejuk dalam peti ais, tambah pulak dengan air batu (ais). Baru sedapkan. Nak bersenam keluarkan peluh setitik dua memang susah. Sayang takut lemak-lemak tepu tu hancur. Tu belum lagi hidu asap kereta lori tiap-tiap hari.  

Zaman dulu mana ada dik non oi. Nenek dengan atuk kita dulu-dulu sebelum subuh dah bangun mandi semua. Lepas solat terus ke kebun, buat kerja yang keluarkan peluh. Pagi sarapan dengan ubi kayu rebus cicah sambal bilis atau kelapa je. Lepas tu sambung kerja. Pencemaran alam pun kurang. Tak dak nya diaorang nak kena hidu asap lori dan kilang macam kita sekarang ni. 

Nak try Supplement Shaklee tapi mahal? Ya ka Mahal?

Banyak faktor yang menyebabkan kita hari ini MESTI makan supplement untuk kesihatan diri dan keluarga. Untuk kurangkan risiko memdapat penyakit dan sebagainya. Walaupun nampak supplement Shaklee ni macam mahal tapi sebenarnya murah berbanding supplement lain di pasaran. Contohnya vitamin C shaklee. Harga rm96.05 (180 biji) , jadi harga sebiji lebih kurang 53sen je. Makan dua biji sehari boleh tahan 3 bulan. Sehari dalam rm1.20 sahaja. Kalau dapat harga ahli, lagi murah. Harga sebiji dalam 43sen je. Berbaloi baloi. Dah la Sustained Release. Maksudnya vitmin C shaklee ni tak kan larut sesenangnya dalam air dan biar buah pinggang bekerja keras nak buang lebihan vitamin C dari badan. Sebab ianya Sustained Release jadi dicipta vitC shaklee melarut dalam badan secara berperingkat-peringkat. Setiap sejam larut satu lapisan. Ada 5 lapisan semuanya. Jadinya vitamin C shaklee ni boleh meresap dalam badan dengan baik.


Sustained Release VitaC





Friday 1 April 2016

Pengalaman Bersalin 2

Pengalaman Bersalin 2

Masa mula Aishah lahir tu, dia tak menangis. Dah ditepuk-tepuk pun tak menangis. Bila akak nurse angkat dia tunjukkan dekat saya barulah buka mata sikit dan merengek sikit. Sikit jela. Nurse tunjukkan kemaluan anak saya ni. Suruh sebut lelaki ke perempuan. Tapi fokus saya bukan dekat situ. Mata saya dok kira jari kaki si anak. Kejap macam 5 putung jari kejap macam 6. Boleh pulak masa tu terkejut kenapa jari kaki Aishah ada 10. Huishh, kesan gas pelali kot. Bila saya dah sebut anak saya perempuan, barulah akak nurse tu letakkan Aisyah atas dada. Bagi ibu dia ni peluk anak. Nak kuatkan 'bonding' ibu dan anak tu. Nurse mintak suami iqamatkan bayi. Tapi suami saya buat dua-dua. Azan dan iqamat.  Tapi kejap je. Suami pun diminta keluar, nurse bawak Aisyah untuk di bersihkan dan sesi menjahit di mulakan. 

Nak di jadikan cerita, lepas uri ditarik tu doktor mintak adik pelatih ni tengok uri lengkap ke tidak. Dia orang cakap lengkap. Doktor nak mulakan sesi menjahit. Masa ni tak rasa sakit pun. Tapi mungkin Allah nak bantu, doktor tu periksa sendiri uri tadi. Dia rasa tak sedap hati kot. Sekali doktor periksa, memanglah tak lengkap. Ada yang tertinggal dalam rahim. Doktor korek. Buang. Masa ni rasa senak sikit. Sikit jela. Rupanya banyak gila yang tertinggal dalam rahim ni. Ya Allah. Rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati doktor tu buat double check. Lepas dia dah yakin semua uri dah keluar, dia teruskan proses menjahit. Saya tanya tak perlu scan ke nak tengok kot-kot lah ada lagi yang tertinggal. Dia cakap tak perlu. Nak dijadikan cerita sadis, doktor tu diperlukan dekat bilik bedah dengan segera. Jadi dia tinggalkan saya dalam keadaan jahitan tadi belum siap. Doklah terkangkang macam tu. Masa tu dah tak larat sangat, saya mintak adik pelatih tu tolong pegangkan lutut. Saya betul-betul tak larat. Kesian budak tu. Dah lah kaki saya ni berat. Lebih kurang sejam atau 45 minit lepas tu baru doktor senior datang. Itu pun adik pelatih lagi seorang tolong panggilkan. Sebab kesian sangat tengok saya. Doktor senior ni membebel kenapa tinggalkan pesakit dalam keadaan macam tu. Masalahnya saya yang kena dengar. Doktor sambung sesi menjahit. Masa ni sakit sangat. Saya sedut gas pelali tu. Tak tahan. Tapi ada masalah sebab katanya kulit tebal. Katanya kulit awak ni tebal sangat ni. Ishh, susahla nak jahit ni. Aduhla doktor..saya rasa doktor ni tension atas beberapa faktor, satu sebab sangat ramai pesakit sampai doktor tak cukup. Nak- nak lagi musim banjir. Dua, dia tak cukup rehat sebab nampak mata pun sebam. Muka penat gila. Tiga, dalam keadaan dia tension, dia kena siapkan kerja orang lain. Haha. (Memandai je) 

Dah siap jahit, adik-adik pelatih cakap tadi uri tak lengkap tapi doktor dah buang. Doktor senior ni kurang yakin kot, jadinya dia korek sekali lagi. Dan pastinya masih ada yang tinggal. Yang ni dia marah. Katanya bahaya bla bla bla. Dah siap tu dia mintak maaf. Saya okay aja cuma rasa trauma. Lepas tu saya tertido. Tak lama lepas tu datang akak-akak nak tukarkan kain saya, masa ni kena korek sekali lagi untuk buang darah-darah yang berketul-ketul supaya masa dalam pantang tu tak sakit. Redha jela. Dia orang pindahkan saya, bagi minum air milo dan roti. Nak bagi ada tenaga. Dan Jururawat bawak anak saya. Mintak kasi susu. Saya kata tak dak susu. Akak kata nak bagi ada susu kenalah kasi anak hisap. Saya suakan puting, Allah itu Maha Bijaksana. Walaupun Aisyah tak nampak puting ibu dia kat mana, tapi dia boleh sua-sua kan mulutnya dekat dada saya. Fitrah. Tiada sesiapa pun yang ajar anak kecil ni, tapi dia tahu buat gaya nak susu tu macam mana. 

Kami dok tunggu nak masuk wad tu lama jugak sebabnya katil penuh. Dalam jam 11 pagi barulah kami ditolak masuk dalam wad. Doktor mintak tunggu Aisyah berak dan kencing dulu barulah boleh balik. Masa waktu melawat, barulah saya pergi mandi. Cuci semua. Tapi rasa ngilu sangat dekat bahagian bawah tu. Lebih-lebih lagi masa nak buang air kecil. Saya rasa sebab tersalah cucuk tiub kencing masa dalam labour room tu kot. Aisyah dah buang air kecil. Air besar je belum lagi. Dalam jam 3 petang, doktor mintak masuk bilik khas untuk periksa jahitan luka tu. Semua okay dan masa ini doktor korek buang sisa-sisa darah yang berketul-ketul tu. Petang, lepas Aisyah dah buang air besar, kami di benarkan pulang. 
Pengalaman bersalinkan Aisyah buat saya trauma beberapa minggu. Setiap kali pejam mata, mesti teringat kisah kena korek banyak kali tu. Berbeza dengan kakak saya , walaupun lahirkan anak di hospital yang sama. Dia tiada masalah macam saya. Saya, setiap kali pejam mata, tergambar semula semua yang berlaku. Automatik lutut terketar-ketar. Sampai menangis malam-malam. Haih.Kesimpulannya setiap orang ada pengalaman yang berbeza. Suami dan keluarga memainkan peranan yang penting untuk hilangkan rasa trauma si isteri tu. Bukan tambah menyerabutkan kepala si ibu masa dalam pantang. Sebabnya, masa dalam pantang, si ibu sangat lemah. Lemah dalam semua aspek. Jadi, tolanglah fahami keadaan ibu dalam pantang ini ya. Masalah yang kecil boleh bagi kesan yang besar kepada ibu berpantang.