Tuesday 17 May 2016

Pengalaman Bersalin anak kedua

'Poppp' Oh mummy! 


Subhanallah..tengah susukan si kakak Aisyah Humairah puteri solehah tiba-tiba rasa macam belon berisi air pecah.  'Pop' terkejut kejap. Tapi buat biasa lagi. 
' keputihan agaknya, tak dak apa-apa tu'. Teruskan menyusu si kakak. Tapi hati pulak rasa tak sedap. Naluri yang Allah hadiahkan gamaknya. Terus berhenti menyusu. Cakap dekat Aisyah 'sayang tunggu kejap ye, ibu nak syi syi'. Alhamdulillah puteri solehah lindungan Allah tu mudah faham. Masa tu dah jam 11.50 malam.  

Berdiri je, terus 'zrupppp' air keluar. Cuak. Takut. Basah seluar. Lepas tu berhenti kejap airnya. Lepas tu keluar lagi. Enchek hubby tanya kenapa tiba-tiba berdiri tegak dengan mata bulat nih. Cakap kat dia air ketuban dah pecah. Dia buat biasa-biasa aje. Sebabnya saya selalu memain. Dia ingat isterinya ni bergurau biawak lagi. Jadi dia buat-buat cool padahal muka nampak cuak jugak . Terus saya kasi aura cikgu disiplin. "B, air ketuban dah pecah. Kali ni serius. Tak main-main. " Cepat2 dia berdiri cari apa yang patut, call orang2 tertentu. Terus pergi hospital. 

Sampai hospital, terus masuk bilik  untuk daftar dan periksa apa yang patut. Dah siap interview dengan nurse, kena tampal alat apa ntah (lupa namanya) dekat perut. Alat CTG namanya kot.Untuk check degupan jantung anak dan contraction ibu. Lepas tu check bukaan servix dan lain-lain. Jalan baru tiga cm tapi Dr nampak dekat pad ada hijau-hijau. Eh, anak dah berak dalam perut ni. Menggelabah teruslah ibu. Puan doktor bagi arahan dekat nurse tolak saya masuk labour room. Oleh sebab tak ada contraction, makanya si ibu terpaksalah di induce (induction of labour) dengan cara masukkan ubat tu dalam drip ( bahasa kampungnya - air yang dicucuk dekat tangan tuh).

Pukul 2 pagi dah rasa dah contraction. Mula-mula contraction manja-manja gitew. Lepas tu memang sakit. Tengok dekat alat CTG tu peratusnya makin naik. Rasanya peratus tu menunjukkan kadar contraction si ibu, nurse ada tanya nak ubat bius tak. Kesannya mengantuk sikitlah tapi contraction tetap rasa sebenarnya. Kononnya nak try bertahan dan bersabar, makanya saya jawab "Takpelah kak. Nanti kalau tak tahan, saya mintak" sampailah peratus tu jadi 99% . Dah digigit baju, cengkam bantal kuat. Memang sakit, mintak ubat bius. Doktor periksa bukaan 'jalan'. Katanya belum lagi. Ya Allah Ya Karim,,sakit sangat. Walaupun dah di bius tapi tak rasa berkurangan sakitnya. Tengok jam 4.37 rasa macam nak push baby keluar. Mintak Suami tercinta yang dok gosok kepala isteri dia ni panggilkan nurse. Dah rasa nak teran sangat ni. Memang tak boleh nak control. Allah datangkan rasa nak meneran.  Akhirnya tepat jam 4.40 am, pagi isnin yang indah 11 Rejab 1437 lahirlah anak kedua kami. Kali ini seorang putera. ☺️Alhamdulillah. Cukup sepasang. Walid's Princess and Ibu's Knight.

Macam biasa, bidan yang menyambut baby tu akan letak anak atas dada kejap untuk kasi bonding antara ibu dan anak. Anak saya menangis tapi suara dia bunyi lain sikit. Sangat-sangat perlahan bunyinya tapi  macam panjang pulak dia tarik nafas dan bunyi something  masa dia tarik nafas. Allahhh..risau. Bidan-bidan (jururawat) semua pelik. Cepat-cepat dia mintak suami saya azan dan iqamatkan baby. Lepas tu terus bawa baby jumpa pakar kanak-kanak. Bayangkan ek, saya baru sahaja lahirkan anak dan tak sampai  seminit saya pegang, my baby kena bawa jumpa pakar. Dalam keadaan kita tak berkudrat, letih sangat-sangat , saya sangat sedih. Risau keadaan dia. Takut anak saya tak dapat bernafas. Risau itu kali terakhir saya dapat dakap dia. Sungguh saya bimbang.

Anak dah dibawa pergi, tiba part keluarkan uri. Anak kedua ni lambat sikit uri dapat dikeluarkan. Nurse cakap sebab saya 'kemut' bahagian bawah tu. Tapi sungguh saya tak tahu betul ke saya kemut masa dia tengah berusaha nak keluarkan uri. Rasa macam dah cuba sedaya upaya untuk rileks. Sangat lama. Nurse dah risau sebab makin lama, makin susah untuk keluarkan uri . Macam-macam boleh jadi. Tapi alhamdulillah. Allah bantu. Akhirnya dapat juga keluarkan uri. Lepas dah keluarkan darah-darah beku semua tibalah part menjahit. Memandangkan saya tak digunting, jahitan tu sikit ajelah. Kali ni , jahit tanpa bius. Agak sakitlah. Dua kali saya mintak Nurse berhenti.Sakit sangat. Tapi katanya baik tak dibius sebab jahitan tak akan tegang sangat bila bengkak dah surut. Wallahualam.

Oleh sebab masa tu musim orang beranak, katil dekat wad penuh. Jadilah saya penunggu sementara dalam labour room beberapa jam sambil menikmati jeritan ibu-ibu yang tak tahan sakit contraction. Punyalah lama menunggu sampai kejang otot-otot kaki. Allah..mintak kesabaran. Sakit kaki, risaukan anak lagi. Masa ni rasa nak marah semua nurse yang ada. Tapi bila fikir semula, kenapa nak marah kan? Bukan kehendak diaorang pun bilik penuh. Dah takdir Allah masa tu ramai orang bersalin, nak buat macam mana. Kena terima. Masa ni dah jam 9 pagi  tapi anak saya masih dalam wad kanak-kanak. Ada nurse datang bagi tahu, oksigen dalam badan , jantung dan paru-paru si jantung hati semua okay. Jadi diaorang buat kesimpulan yang baby tak sempat telan air ketuban yang dah bercampur najis baby tu. Cuma sempat berak dalam rahim aje. Pasal bunyi pernafasan tu, baby kena rujuk pakar ENT. (pakar bahagia telinga, hidung & tekak). 

Rupa-rupanya anakanda tersayang mengidap laryngomalacia dan G6PD Def.  ALLAH..masa tu rasa sedih yang amat. Saya sangat-sangat risau. Dapat tahu anak sakit tapi belum dapat dakap tubuh anak membuatkan hati seorang ibu ni dipalu sedih. Masa tu tak lepas doa. Setiap saat tu sangat berharap dapat melawat si kecil. Sangat-sangat berharap dapat dakap tubuh dia, dapat salurkan kekuatan buat tubuh kecil anakanda. Dalam jam 10 lebih ( kalau tak silap) baru lah ada katil kosong. Itu pun katil tambahan. Masa ni rasa syukur sangat. Hajat dihati nak terus ke wad kanak-kanak tapi nurse tak benarkan. Dia risau saya pening. Lagipun badan belum bersih. Rasa pasrah je. Lepas bersihkan badan dan makan, barulah nurse kasi kebenaran melawat anakanda tersayang. Masa tu belum waktu melawat, jadi suami saya tak di benarkan masuk dalam wad kanak-kanak ni. Hanya ibu dan ayah kepada kanak-kanak sahaja yang di benarkan masuk. Ibu setiap masa boleh melawat, ayah pulak hanya boleh pada waktu melawat yang ditetapkan sahaja. Sampai saja dalam wad tu, tercari-cari si anak. Sebak rasa bila nampak nurse tengah susukan anak saya. Rasa bersalah sebab lambat sampai sehinggakan nurse terpaksa kasi susu formula untuk dia. Saya mintak nak pangku baby dan susukan dia. Naluri anak, Allah dah hadiahkan awal-awal lagi. Dapat je rasa badan ibu, terus mulut tersua-sua dekat dada ibu. Allah..Tuhan Kaya. Terus saya susukan dia. Dakap erat-erat badan si kecil. Rasa macam tak nak lepaskan dia. Rasa macam nak mintak supaya apa sakitnya, apa yang dia tak selasa tu semuanya berpindah pada ibu nih. Tapi tak boleh kan, dah itu ketetapan yang Allah kasi. Ujian buat si ibu yang melihat dan ujian jugak buat si kecil yang baru lahir ni. Apa yang seorang ibu boleh buat cuma salurkan kasih sayang pada anak dan berdoa supaya tiada mudarat pada si anak syurga ni. 


Ibu's Knight








Saturday 14 May 2016

Menyusu anak sulung

Pengalaman Menyusukan puteri Aisyah


Setiap ibu mesti ada impian nak menyusukan anak sendiri kan. Memandangkan Aisyah anak sulung, saya memang tak da pengalaman. Masa nurse mintak saya susukan Aisyah, saya kata susu tak keluar. Takdak susu. Akak nurse tu cakap, kalau awak tak bagi anak hisap, macam mana susu nak keluar. 

Walaupun anak dah hisap, susu tak keluar jugak, memandangkan kita ni baru lepas bersalin, penat sangat, badan rasa lemah, emosi kurang stabil, mudah sangat rasa tertekan. Kita, si ibu ni bersungguh-sungguh nak menyusukan anak tapi ramai dok suruh kasi susu formula. Kesian kat anak katanya. Lapar budak tu. Nanti susu dah ada bolehla sambung kasi. Kurang sokongan. Tapi kena kuatkan hati. Doa sungguh-sungguh supaya susu banyak. Doa sungguh-sungguh supaya sikit pun susu formula tak masuk dalam badan anak. ( Tapi saya pernah je kasi, sebab susu yang diperah tak cukup  . Aisyah sekali minum sebotol. Ibu pulak pergi latihan industri. Krik krik betul rasanya 😭😭 )

Dua tiga hari balik dari hospital, susu masih tak banyak. Kolostrum (susu yang awal2) tu pun macam malu-malu nak keluar. Sikit sangat2. Jadinya Aisyah tak nak lepas puting. Dok nak menghisap je. Kalau lepas, terus nangis. Macam-macam saya buat.  Mengurut dan perah susu.  Saya mintak bidan urut supaya susu banyak keluar. Lebih kurang dua minggu mengurut. Susu keluar tapi tak cukup. Jadinya, sambil2 bagi dia hisap tu, saya titik air zam-zam sikit dekat bibir dia. 

Saya dah biasa dengan supplements Shaklee, memang dah beli set berpantang Shaklee. Tapi, saya tak makan pun awal2 tu. Sebab sebelum melahirkan Aisyah tu, adik2 doktor praktikal tersalah cucuk tiub untuk keluarkan air kencing. Dua kali tersalah cucuk. Jadinya luka dan sangat sakit bila nak buang air kecil. Sebab tak tahan sakit, saya kurang minum air, jadi kurang ke toilet. Haha. (Salah satu sebab susu kurang adalah ibu kurang minum air) Bila kurang minum air, vitamin pun saya tak amikla. Salah satu syarat untuk ambil supplement ni, kita kena minum air yang cukup, supaya tak bagi tekanan dekat buah pinggang tu. Kalau tidak, kesian buah pinggang tu kena bekerja keras. 
 Yang saya ambil , VIVIX Shaklee ( untuk cepat sembuh luka, keluarkan ketulan darah2 kotor, banyakkan susu) dan ESP Shaklee. 

Bila luka tersalah cucuk tu dah sembuh, baru saya ambil supplements (vitamin). Dalam  tiga empat hari jugak baru sembuh. Saya makan set berpantang Shaklee, air masak minum cukup, nampak susu keluar banyak sikit. Dalam set berpantang ni ada alfafa complex (milk booster). Saya tak makan alfafa tu. Hold dulu kata omputeh. Sebabnya alfafa complex ni macam herba. Saya panggil herba 'omputeh' ✌🏻️ Jadinya, kalau anak ada kuning (jaundice) tak digalakkan ambil. Kena tanya doktor dulu. Takut makin mudarat ( jadi prolong jaundis) pulak. Bila doktor kata Aisyah dah takdak kuning, saya tunggu sampai betul2 yakin, baru ambil alfafa complex tu.  Hati- hati gitu. ☺️ 

Alhamdulillah. Lama-lama Susu banyak keluar. Kalau nak perah, saya syorkan guna pam elektronik. Tak macam ibu-ibu yang susu meriah. Depa sekali picit, suppp penuh secawan. 😁 Kita yang jenis susu malu-malu nak keluar ni, memang kena bekerja keras banyak ya mommies. Supaya anak dapat rasa nikmatnya susu ibu dia.  Kalau yang cepat putus asa tu, memang aci suap susu formula. Yang penting ibu-ibu kena kuatkan hati. Jangan mengeluh. InsyaAllah, ada ganjarannya. Sokongan dari orang sekeling tu sangat penting sebenarnya. Kalaupun takda sokongan, tak apa. ALLAH ADA. MESTI YAKIN. Biarlah kita nampak biasa-biasa pada pandangan orang lain, yang penting hati kita ni luar biasa pada pandangan Allah. 

Tapi lain orang lain pendapat dan pengalaman kan. Bagi saya, saya akan berusaha betul-betul supaya anak dapat hisap susu ibu dia selama mana yang Allah izinkan. Peduli cakap-cakap orang. Ehh, anak kita kot. Kenapa nak orang lain yang tentukan makanan terbaik untuk dia. Ya dak? ☺️

🌸Sifir saya : Doa betul2 +Shaklee milk booster + mengurut + kasi baby hisap selalu + rajin perah + set dalam kepala yang susu kita banyak + minum air masak banyak2 + jaga permakanan 🌸




Set Berpantang lengkap dengan set menyusu
Ini set yang saya ambil masa berpantang. Set untuk berpantang dan menyusu. Supplement Shaklee ni sangat menjimatkan. Tapi GLA Complex tu ada sesetengah pengguna akan makan masa berpantang dan ada jugak yang tak ambil pun GLA tu. Bergatung kepada kehendak dan keperluan badan masing-masing ya. :) Set yang saya ambil ni ada : 

ESP (Energizing Soy Protien
membantu sebagai penggalak susu, memekatkan susu, mengawal selera makan, membekalkan protein untuk membina tisu-tisu tubuh yang baru, mencantikkan kulit

Vita-lea (multivitamin) 
menambah darah, membekalkan zat, vitamin dan mineral secara menyeluruh

SR Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk, mencantikkan kulit

OsteMatrix 
mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan

Omega Guard
memecahkan lemak, memanaskan badan, sumber DHA dan EPA, melegakan bengkak buasir

Alfafa Complex
milkbooster dan memulih organ dalaman wanita

B-Complex 
memberikan tenaga, melegakan sakit dan sengal badan, mengawal stres

 Zinc Complex 
menyembuhkan luka luaran dan dalaman, kurangkan keguguran rambut

Pesanan saya, supplement ini sebagai penggalak sahaja, USAHA dan KERAJINAN si ibu tu yang penting. Selamat BerSHAKLEE :)