Tuesday 17 May 2016

Pengalaman Bersalin anak kedua

'Poppp' Oh mummy! 


Subhanallah..tengah susukan si kakak Aisyah Humairah puteri solehah tiba-tiba rasa macam belon berisi air pecah.  'Pop' terkejut kejap. Tapi buat biasa lagi. 
' keputihan agaknya, tak dak apa-apa tu'. Teruskan menyusu si kakak. Tapi hati pulak rasa tak sedap. Naluri yang Allah hadiahkan gamaknya. Terus berhenti menyusu. Cakap dekat Aisyah 'sayang tunggu kejap ye, ibu nak syi syi'. Alhamdulillah puteri solehah lindungan Allah tu mudah faham. Masa tu dah jam 11.50 malam.  

Berdiri je, terus 'zrupppp' air keluar. Cuak. Takut. Basah seluar. Lepas tu berhenti kejap airnya. Lepas tu keluar lagi. Enchek hubby tanya kenapa tiba-tiba berdiri tegak dengan mata bulat nih. Cakap kat dia air ketuban dah pecah. Dia buat biasa-biasa aje. Sebabnya saya selalu memain. Dia ingat isterinya ni bergurau biawak lagi. Jadi dia buat-buat cool padahal muka nampak cuak jugak . Terus saya kasi aura cikgu disiplin. "B, air ketuban dah pecah. Kali ni serius. Tak main-main. " Cepat2 dia berdiri cari apa yang patut, call orang2 tertentu. Terus pergi hospital. 

Sampai hospital, terus masuk bilik  untuk daftar dan periksa apa yang patut. Dah siap interview dengan nurse, kena tampal alat apa ntah (lupa namanya) dekat perut. Alat CTG namanya kot.Untuk check degupan jantung anak dan contraction ibu. Lepas tu check bukaan servix dan lain-lain. Jalan baru tiga cm tapi Dr nampak dekat pad ada hijau-hijau. Eh, anak dah berak dalam perut ni. Menggelabah teruslah ibu. Puan doktor bagi arahan dekat nurse tolak saya masuk labour room. Oleh sebab tak ada contraction, makanya si ibu terpaksalah di induce (induction of labour) dengan cara masukkan ubat tu dalam drip ( bahasa kampungnya - air yang dicucuk dekat tangan tuh).

Pukul 2 pagi dah rasa dah contraction. Mula-mula contraction manja-manja gitew. Lepas tu memang sakit. Tengok dekat alat CTG tu peratusnya makin naik. Rasanya peratus tu menunjukkan kadar contraction si ibu, nurse ada tanya nak ubat bius tak. Kesannya mengantuk sikitlah tapi contraction tetap rasa sebenarnya. Kononnya nak try bertahan dan bersabar, makanya saya jawab "Takpelah kak. Nanti kalau tak tahan, saya mintak" sampailah peratus tu jadi 99% . Dah digigit baju, cengkam bantal kuat. Memang sakit, mintak ubat bius. Doktor periksa bukaan 'jalan'. Katanya belum lagi. Ya Allah Ya Karim,,sakit sangat. Walaupun dah di bius tapi tak rasa berkurangan sakitnya. Tengok jam 4.37 rasa macam nak push baby keluar. Mintak Suami tercinta yang dok gosok kepala isteri dia ni panggilkan nurse. Dah rasa nak teran sangat ni. Memang tak boleh nak control. Allah datangkan rasa nak meneran.  Akhirnya tepat jam 4.40 am, pagi isnin yang indah 11 Rejab 1437 lahirlah anak kedua kami. Kali ini seorang putera. ☺️Alhamdulillah. Cukup sepasang. Walid's Princess and Ibu's Knight.

Macam biasa, bidan yang menyambut baby tu akan letak anak atas dada kejap untuk kasi bonding antara ibu dan anak. Anak saya menangis tapi suara dia bunyi lain sikit. Sangat-sangat perlahan bunyinya tapi  macam panjang pulak dia tarik nafas dan bunyi something  masa dia tarik nafas. Allahhh..risau. Bidan-bidan (jururawat) semua pelik. Cepat-cepat dia mintak suami saya azan dan iqamatkan baby. Lepas tu terus bawa baby jumpa pakar kanak-kanak. Bayangkan ek, saya baru sahaja lahirkan anak dan tak sampai  seminit saya pegang, my baby kena bawa jumpa pakar. Dalam keadaan kita tak berkudrat, letih sangat-sangat , saya sangat sedih. Risau keadaan dia. Takut anak saya tak dapat bernafas. Risau itu kali terakhir saya dapat dakap dia. Sungguh saya bimbang.

Anak dah dibawa pergi, tiba part keluarkan uri. Anak kedua ni lambat sikit uri dapat dikeluarkan. Nurse cakap sebab saya 'kemut' bahagian bawah tu. Tapi sungguh saya tak tahu betul ke saya kemut masa dia tengah berusaha nak keluarkan uri. Rasa macam dah cuba sedaya upaya untuk rileks. Sangat lama. Nurse dah risau sebab makin lama, makin susah untuk keluarkan uri . Macam-macam boleh jadi. Tapi alhamdulillah. Allah bantu. Akhirnya dapat juga keluarkan uri. Lepas dah keluarkan darah-darah beku semua tibalah part menjahit. Memandangkan saya tak digunting, jahitan tu sikit ajelah. Kali ni , jahit tanpa bius. Agak sakitlah. Dua kali saya mintak Nurse berhenti.Sakit sangat. Tapi katanya baik tak dibius sebab jahitan tak akan tegang sangat bila bengkak dah surut. Wallahualam.

Oleh sebab masa tu musim orang beranak, katil dekat wad penuh. Jadilah saya penunggu sementara dalam labour room beberapa jam sambil menikmati jeritan ibu-ibu yang tak tahan sakit contraction. Punyalah lama menunggu sampai kejang otot-otot kaki. Allah..mintak kesabaran. Sakit kaki, risaukan anak lagi. Masa ni rasa nak marah semua nurse yang ada. Tapi bila fikir semula, kenapa nak marah kan? Bukan kehendak diaorang pun bilik penuh. Dah takdir Allah masa tu ramai orang bersalin, nak buat macam mana. Kena terima. Masa ni dah jam 9 pagi  tapi anak saya masih dalam wad kanak-kanak. Ada nurse datang bagi tahu, oksigen dalam badan , jantung dan paru-paru si jantung hati semua okay. Jadi diaorang buat kesimpulan yang baby tak sempat telan air ketuban yang dah bercampur najis baby tu. Cuma sempat berak dalam rahim aje. Pasal bunyi pernafasan tu, baby kena rujuk pakar ENT. (pakar bahagia telinga, hidung & tekak). 

Rupa-rupanya anakanda tersayang mengidap laryngomalacia dan G6PD Def.  ALLAH..masa tu rasa sedih yang amat. Saya sangat-sangat risau. Dapat tahu anak sakit tapi belum dapat dakap tubuh anak membuatkan hati seorang ibu ni dipalu sedih. Masa tu tak lepas doa. Setiap saat tu sangat berharap dapat melawat si kecil. Sangat-sangat berharap dapat dakap tubuh dia, dapat salurkan kekuatan buat tubuh kecil anakanda. Dalam jam 10 lebih ( kalau tak silap) baru lah ada katil kosong. Itu pun katil tambahan. Masa ni rasa syukur sangat. Hajat dihati nak terus ke wad kanak-kanak tapi nurse tak benarkan. Dia risau saya pening. Lagipun badan belum bersih. Rasa pasrah je. Lepas bersihkan badan dan makan, barulah nurse kasi kebenaran melawat anakanda tersayang. Masa tu belum waktu melawat, jadi suami saya tak di benarkan masuk dalam wad kanak-kanak ni. Hanya ibu dan ayah kepada kanak-kanak sahaja yang di benarkan masuk. Ibu setiap masa boleh melawat, ayah pulak hanya boleh pada waktu melawat yang ditetapkan sahaja. Sampai saja dalam wad tu, tercari-cari si anak. Sebak rasa bila nampak nurse tengah susukan anak saya. Rasa bersalah sebab lambat sampai sehinggakan nurse terpaksa kasi susu formula untuk dia. Saya mintak nak pangku baby dan susukan dia. Naluri anak, Allah dah hadiahkan awal-awal lagi. Dapat je rasa badan ibu, terus mulut tersua-sua dekat dada ibu. Allah..Tuhan Kaya. Terus saya susukan dia. Dakap erat-erat badan si kecil. Rasa macam tak nak lepaskan dia. Rasa macam nak mintak supaya apa sakitnya, apa yang dia tak selasa tu semuanya berpindah pada ibu nih. Tapi tak boleh kan, dah itu ketetapan yang Allah kasi. Ujian buat si ibu yang melihat dan ujian jugak buat si kecil yang baru lahir ni. Apa yang seorang ibu boleh buat cuma salurkan kasih sayang pada anak dan berdoa supaya tiada mudarat pada si anak syurga ni. 


Ibu's Knight








No comments:

Post a Comment