Tuesday, 3 February 2015

Walid's Precious Princess

Aishah Humairah

Lahirnnya si puteri ini pada tanggal 23 Safar 1436 Hijrah bersamaan 15 Disember 2014. Aku dok ingat anak lelaki, ghupenya anak perempuan. Dalam kepala ni simpan nama anak lelaki jer. Anak aku ni terlebih hari dari tarikh yang doktor kasi. Bak kata omputeh, overdue. 11 hari you. Dah sebelas hari lewat tapi anaknya tak nak keluar, doktor pun kasi induce. 

Esoknya pada 23 Safar tu lahirlah tuan puteri ni pada jam 5.10  pagi. Trauma kejap. Rasa tak nak beranak dah tapi bila tengok anak, sakit tu hilang. Pengalaman bersalin dan berpantang  tu, aku kongsi dalam entry lain. La ni cheq nak cherita pasal tuan puteri di hati. 

Dalam seminggu lepas Aishah dilahirkan, kami belum dapat decide lagi namanya. Berkoyan-koyan senarai nama, tapi satu pun tak terpilih. Macam-macam nama. Ada yang panjang ,yang pendek, yang biasa, yang pelik. Adik-adik ipar nak nama ala-ala heroin novel. Adik-adik aku nak nama canggih-canggih, walid si Aishah nak nama panjang yang ada 'rah-rah' dekat belakang. Aku pulak nak nama yang ringkas. Mak mentua cadangkan nama Jamilah, hasbend aku tak nak sebab katanya nanti orang panggil 'Milah'. Dia tak suka katanya. 

Bagi cadangan nama Fatimah, katanya pulak nanti orang panggil 'Timoh' (kami orang Kelantan memang kebiasaannya suka pendekkan nama dan meng'kelantan'kan nama). Tapi ada satu nama yang aku sangat berkenan, Nurul Jannah. 

Lastly, hasbend aku mintak aku pilih nama. Final  katanya. Aku pun dengan semangat waja lagi teruja, kasilah nama Nurul Jannah atau Jannah je. Tapi di reject nama pilihan aku tu tanpa banyak songeh dan dia pilih AISHAH HUMAIRAH. Haihhh. Aku cakap letak 'Aishah' jela. Toksah panjang sangat. Tapi walidnya hendak jugak ada 'Humairah' tu. 'RAH' dekat hujung nama tu yang penting. Sebab nama ibu pun ada 'RAH' dibelakang. 

Akhirnya nama diberi Aishah Humairah. Kenape? Sebab lahirnya si puteri warna kemerah-merahan. Dia Aishah Humairah binti Nhasrullah. Dan aku, Nuwairah adalah ibunya seperti yang sudah tertulis di Loh Mahfuz. Dia puteri kami. Amanah yang Allah beri supaya aku mampu didik dia untuk jadi penghuni syurga.

No comments:

Post a Comment