Tuesday 17 May 2016

Pengalaman Bersalin anak kedua

'Poppp' Oh mummy! 


Subhanallah..tengah susukan si kakak Aisyah Humairah puteri solehah tiba-tiba rasa macam belon berisi air pecah.  'Pop' terkejut kejap. Tapi buat biasa lagi. 
' keputihan agaknya, tak dak apa-apa tu'. Teruskan menyusu si kakak. Tapi hati pulak rasa tak sedap. Naluri yang Allah hadiahkan gamaknya. Terus berhenti menyusu. Cakap dekat Aisyah 'sayang tunggu kejap ye, ibu nak syi syi'. Alhamdulillah puteri solehah lindungan Allah tu mudah faham. Masa tu dah jam 11.50 malam.  

Berdiri je, terus 'zrupppp' air keluar. Cuak. Takut. Basah seluar. Lepas tu berhenti kejap airnya. Lepas tu keluar lagi. Enchek hubby tanya kenapa tiba-tiba berdiri tegak dengan mata bulat nih. Cakap kat dia air ketuban dah pecah. Dia buat biasa-biasa aje. Sebabnya saya selalu memain. Dia ingat isterinya ni bergurau biawak lagi. Jadi dia buat-buat cool padahal muka nampak cuak jugak . Terus saya kasi aura cikgu disiplin. "B, air ketuban dah pecah. Kali ni serius. Tak main-main. " Cepat2 dia berdiri cari apa yang patut, call orang2 tertentu. Terus pergi hospital. 

Sampai hospital, terus masuk bilik  untuk daftar dan periksa apa yang patut. Dah siap interview dengan nurse, kena tampal alat apa ntah (lupa namanya) dekat perut. Alat CTG namanya kot.Untuk check degupan jantung anak dan contraction ibu. Lepas tu check bukaan servix dan lain-lain. Jalan baru tiga cm tapi Dr nampak dekat pad ada hijau-hijau. Eh, anak dah berak dalam perut ni. Menggelabah teruslah ibu. Puan doktor bagi arahan dekat nurse tolak saya masuk labour room. Oleh sebab tak ada contraction, makanya si ibu terpaksalah di induce (induction of labour) dengan cara masukkan ubat tu dalam drip ( bahasa kampungnya - air yang dicucuk dekat tangan tuh).

Pukul 2 pagi dah rasa dah contraction. Mula-mula contraction manja-manja gitew. Lepas tu memang sakit. Tengok dekat alat CTG tu peratusnya makin naik. Rasanya peratus tu menunjukkan kadar contraction si ibu, nurse ada tanya nak ubat bius tak. Kesannya mengantuk sikitlah tapi contraction tetap rasa sebenarnya. Kononnya nak try bertahan dan bersabar, makanya saya jawab "Takpelah kak. Nanti kalau tak tahan, saya mintak" sampailah peratus tu jadi 99% . Dah digigit baju, cengkam bantal kuat. Memang sakit, mintak ubat bius. Doktor periksa bukaan 'jalan'. Katanya belum lagi. Ya Allah Ya Karim,,sakit sangat. Walaupun dah di bius tapi tak rasa berkurangan sakitnya. Tengok jam 4.37 rasa macam nak push baby keluar. Mintak Suami tercinta yang dok gosok kepala isteri dia ni panggilkan nurse. Dah rasa nak teran sangat ni. Memang tak boleh nak control. Allah datangkan rasa nak meneran.  Akhirnya tepat jam 4.40 am, pagi isnin yang indah 11 Rejab 1437 lahirlah anak kedua kami. Kali ini seorang putera. ☺️Alhamdulillah. Cukup sepasang. Walid's Princess and Ibu's Knight.

Macam biasa, bidan yang menyambut baby tu akan letak anak atas dada kejap untuk kasi bonding antara ibu dan anak. Anak saya menangis tapi suara dia bunyi lain sikit. Sangat-sangat perlahan bunyinya tapi  macam panjang pulak dia tarik nafas dan bunyi something  masa dia tarik nafas. Allahhh..risau. Bidan-bidan (jururawat) semua pelik. Cepat-cepat dia mintak suami saya azan dan iqamatkan baby. Lepas tu terus bawa baby jumpa pakar kanak-kanak. Bayangkan ek, saya baru sahaja lahirkan anak dan tak sampai  seminit saya pegang, my baby kena bawa jumpa pakar. Dalam keadaan kita tak berkudrat, letih sangat-sangat , saya sangat sedih. Risau keadaan dia. Takut anak saya tak dapat bernafas. Risau itu kali terakhir saya dapat dakap dia. Sungguh saya bimbang.

Anak dah dibawa pergi, tiba part keluarkan uri. Anak kedua ni lambat sikit uri dapat dikeluarkan. Nurse cakap sebab saya 'kemut' bahagian bawah tu. Tapi sungguh saya tak tahu betul ke saya kemut masa dia tengah berusaha nak keluarkan uri. Rasa macam dah cuba sedaya upaya untuk rileks. Sangat lama. Nurse dah risau sebab makin lama, makin susah untuk keluarkan uri . Macam-macam boleh jadi. Tapi alhamdulillah. Allah bantu. Akhirnya dapat juga keluarkan uri. Lepas dah keluarkan darah-darah beku semua tibalah part menjahit. Memandangkan saya tak digunting, jahitan tu sikit ajelah. Kali ni , jahit tanpa bius. Agak sakitlah. Dua kali saya mintak Nurse berhenti.Sakit sangat. Tapi katanya baik tak dibius sebab jahitan tak akan tegang sangat bila bengkak dah surut. Wallahualam.

Oleh sebab masa tu musim orang beranak, katil dekat wad penuh. Jadilah saya penunggu sementara dalam labour room beberapa jam sambil menikmati jeritan ibu-ibu yang tak tahan sakit contraction. Punyalah lama menunggu sampai kejang otot-otot kaki. Allah..mintak kesabaran. Sakit kaki, risaukan anak lagi. Masa ni rasa nak marah semua nurse yang ada. Tapi bila fikir semula, kenapa nak marah kan? Bukan kehendak diaorang pun bilik penuh. Dah takdir Allah masa tu ramai orang bersalin, nak buat macam mana. Kena terima. Masa ni dah jam 9 pagi  tapi anak saya masih dalam wad kanak-kanak. Ada nurse datang bagi tahu, oksigen dalam badan , jantung dan paru-paru si jantung hati semua okay. Jadi diaorang buat kesimpulan yang baby tak sempat telan air ketuban yang dah bercampur najis baby tu. Cuma sempat berak dalam rahim aje. Pasal bunyi pernafasan tu, baby kena rujuk pakar ENT. (pakar bahagia telinga, hidung & tekak). 

Rupa-rupanya anakanda tersayang mengidap laryngomalacia dan G6PD Def.  ALLAH..masa tu rasa sedih yang amat. Saya sangat-sangat risau. Dapat tahu anak sakit tapi belum dapat dakap tubuh anak membuatkan hati seorang ibu ni dipalu sedih. Masa tu tak lepas doa. Setiap saat tu sangat berharap dapat melawat si kecil. Sangat-sangat berharap dapat dakap tubuh dia, dapat salurkan kekuatan buat tubuh kecil anakanda. Dalam jam 10 lebih ( kalau tak silap) baru lah ada katil kosong. Itu pun katil tambahan. Masa ni rasa syukur sangat. Hajat dihati nak terus ke wad kanak-kanak tapi nurse tak benarkan. Dia risau saya pening. Lagipun badan belum bersih. Rasa pasrah je. Lepas bersihkan badan dan makan, barulah nurse kasi kebenaran melawat anakanda tersayang. Masa tu belum waktu melawat, jadi suami saya tak di benarkan masuk dalam wad kanak-kanak ni. Hanya ibu dan ayah kepada kanak-kanak sahaja yang di benarkan masuk. Ibu setiap masa boleh melawat, ayah pulak hanya boleh pada waktu melawat yang ditetapkan sahaja. Sampai saja dalam wad tu, tercari-cari si anak. Sebak rasa bila nampak nurse tengah susukan anak saya. Rasa bersalah sebab lambat sampai sehinggakan nurse terpaksa kasi susu formula untuk dia. Saya mintak nak pangku baby dan susukan dia. Naluri anak, Allah dah hadiahkan awal-awal lagi. Dapat je rasa badan ibu, terus mulut tersua-sua dekat dada ibu. Allah..Tuhan Kaya. Terus saya susukan dia. Dakap erat-erat badan si kecil. Rasa macam tak nak lepaskan dia. Rasa macam nak mintak supaya apa sakitnya, apa yang dia tak selasa tu semuanya berpindah pada ibu nih. Tapi tak boleh kan, dah itu ketetapan yang Allah kasi. Ujian buat si ibu yang melihat dan ujian jugak buat si kecil yang baru lahir ni. Apa yang seorang ibu boleh buat cuma salurkan kasih sayang pada anak dan berdoa supaya tiada mudarat pada si anak syurga ni. 


Ibu's Knight








Saturday 14 May 2016

Menyusu anak sulung

Pengalaman Menyusukan puteri Aisyah


Setiap ibu mesti ada impian nak menyusukan anak sendiri kan. Memandangkan Aisyah anak sulung, saya memang tak da pengalaman. Masa nurse mintak saya susukan Aisyah, saya kata susu tak keluar. Takdak susu. Akak nurse tu cakap, kalau awak tak bagi anak hisap, macam mana susu nak keluar. 

Walaupun anak dah hisap, susu tak keluar jugak, memandangkan kita ni baru lepas bersalin, penat sangat, badan rasa lemah, emosi kurang stabil, mudah sangat rasa tertekan. Kita, si ibu ni bersungguh-sungguh nak menyusukan anak tapi ramai dok suruh kasi susu formula. Kesian kat anak katanya. Lapar budak tu. Nanti susu dah ada bolehla sambung kasi. Kurang sokongan. Tapi kena kuatkan hati. Doa sungguh-sungguh supaya susu banyak. Doa sungguh-sungguh supaya sikit pun susu formula tak masuk dalam badan anak. ( Tapi saya pernah je kasi, sebab susu yang diperah tak cukup  . Aisyah sekali minum sebotol. Ibu pulak pergi latihan industri. Krik krik betul rasanya 😭😭 )

Dua tiga hari balik dari hospital, susu masih tak banyak. Kolostrum (susu yang awal2) tu pun macam malu-malu nak keluar. Sikit sangat2. Jadinya Aisyah tak nak lepas puting. Dok nak menghisap je. Kalau lepas, terus nangis. Macam-macam saya buat.  Mengurut dan perah susu.  Saya mintak bidan urut supaya susu banyak keluar. Lebih kurang dua minggu mengurut. Susu keluar tapi tak cukup. Jadinya, sambil2 bagi dia hisap tu, saya titik air zam-zam sikit dekat bibir dia. 

Saya dah biasa dengan supplements Shaklee, memang dah beli set berpantang Shaklee. Tapi, saya tak makan pun awal2 tu. Sebab sebelum melahirkan Aisyah tu, adik2 doktor praktikal tersalah cucuk tiub untuk keluarkan air kencing. Dua kali tersalah cucuk. Jadinya luka dan sangat sakit bila nak buang air kecil. Sebab tak tahan sakit, saya kurang minum air, jadi kurang ke toilet. Haha. (Salah satu sebab susu kurang adalah ibu kurang minum air) Bila kurang minum air, vitamin pun saya tak amikla. Salah satu syarat untuk ambil supplement ni, kita kena minum air yang cukup, supaya tak bagi tekanan dekat buah pinggang tu. Kalau tidak, kesian buah pinggang tu kena bekerja keras. 
 Yang saya ambil , VIVIX Shaklee ( untuk cepat sembuh luka, keluarkan ketulan darah2 kotor, banyakkan susu) dan ESP Shaklee. 

Bila luka tersalah cucuk tu dah sembuh, baru saya ambil supplements (vitamin). Dalam  tiga empat hari jugak baru sembuh. Saya makan set berpantang Shaklee, air masak minum cukup, nampak susu keluar banyak sikit. Dalam set berpantang ni ada alfafa complex (milk booster). Saya tak makan alfafa tu. Hold dulu kata omputeh. Sebabnya alfafa complex ni macam herba. Saya panggil herba 'omputeh' ✌🏻️ Jadinya, kalau anak ada kuning (jaundice) tak digalakkan ambil. Kena tanya doktor dulu. Takut makin mudarat ( jadi prolong jaundis) pulak. Bila doktor kata Aisyah dah takdak kuning, saya tunggu sampai betul2 yakin, baru ambil alfafa complex tu.  Hati- hati gitu. ☺️ 

Alhamdulillah. Lama-lama Susu banyak keluar. Kalau nak perah, saya syorkan guna pam elektronik. Tak macam ibu-ibu yang susu meriah. Depa sekali picit, suppp penuh secawan. 😁 Kita yang jenis susu malu-malu nak keluar ni, memang kena bekerja keras banyak ya mommies. Supaya anak dapat rasa nikmatnya susu ibu dia.  Kalau yang cepat putus asa tu, memang aci suap susu formula. Yang penting ibu-ibu kena kuatkan hati. Jangan mengeluh. InsyaAllah, ada ganjarannya. Sokongan dari orang sekeling tu sangat penting sebenarnya. Kalaupun takda sokongan, tak apa. ALLAH ADA. MESTI YAKIN. Biarlah kita nampak biasa-biasa pada pandangan orang lain, yang penting hati kita ni luar biasa pada pandangan Allah. 

Tapi lain orang lain pendapat dan pengalaman kan. Bagi saya, saya akan berusaha betul-betul supaya anak dapat hisap susu ibu dia selama mana yang Allah izinkan. Peduli cakap-cakap orang. Ehh, anak kita kot. Kenapa nak orang lain yang tentukan makanan terbaik untuk dia. Ya dak? ☺️

🌸Sifir saya : Doa betul2 +Shaklee milk booster + mengurut + kasi baby hisap selalu + rajin perah + set dalam kepala yang susu kita banyak + minum air masak banyak2 + jaga permakanan 🌸




Set Berpantang lengkap dengan set menyusu
Ini set yang saya ambil masa berpantang. Set untuk berpantang dan menyusu. Supplement Shaklee ni sangat menjimatkan. Tapi GLA Complex tu ada sesetengah pengguna akan makan masa berpantang dan ada jugak yang tak ambil pun GLA tu. Bergatung kepada kehendak dan keperluan badan masing-masing ya. :) Set yang saya ambil ni ada : 

ESP (Energizing Soy Protien
membantu sebagai penggalak susu, memekatkan susu, mengawal selera makan, membekalkan protein untuk membina tisu-tisu tubuh yang baru, mencantikkan kulit

Vita-lea (multivitamin) 
menambah darah, membekalkan zat, vitamin dan mineral secara menyeluruh

SR Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk, mencantikkan kulit

OsteMatrix 
mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan

Omega Guard
memecahkan lemak, memanaskan badan, sumber DHA dan EPA, melegakan bengkak buasir

Alfafa Complex
milkbooster dan memulih organ dalaman wanita

B-Complex 
memberikan tenaga, melegakan sakit dan sengal badan, mengawal stres

 Zinc Complex 
menyembuhkan luka luaran dan dalaman, kurangkan keguguran rambut

Pesanan saya, supplement ini sebagai penggalak sahaja, USAHA dan KERAJINAN si ibu tu yang penting. Selamat BerSHAKLEE :)


Thursday 14 April 2016

Supplement ohh Supplement

Selalu dengar orang cakap makanla 'supplement' supaya lagi sihat, lagi cantik, lagi gebu, lagi menawan da boom boom. Objektif kebanyakan orang makan supplement adalah untuk dapat badan cantek macam gitar atau kerengga, supaya suami sayang. Itu fokus utama. Dulu bila orang sebut pasal supplement, terus je saya lari duduk jauh-jauh. Malas nak dengar salesman promot product  yang dia jual. Tambahan pulak, saya memang orang miskin. Jadi, supplement ni antara benda yang saya tak pernah terfikir pun nak guna.

Saya start ambil supplement ni lepas dua tahun berkahwin. Mula dengan set Pre-Natal keluaran Shaklee. Sebabnya masa tu saya tak boleh telan vitamin dari klinik, asyik muntah je. Tambahan pulak kalau makan obimin yang merah darah tu. Yuckss! Bila sendawa rasa semacam je nafas tu. MUla-mula kita bagi penerangan sedikit apa itu supplement yang orang dok kecoh-kecoh suruh makan ni.

Apakah itu 'Supplement'

Supplement adalah sejenis makanan tambahan yang bertujuan untuk memberikan vitamin atau minerals yang mungkin tidak mampu di hasilkan oleh badan atau hilang dari badan atas faktor-faktor tertentu. Selalunya orang akan cakap, " Eh, nenek dengan atok aku okay je tak makan supplement nih. Sihat wal-afiat aje aku tengok." 

Perlu ka 'Supplement'? 

Okeh. Memang, orang dolu-dolu tak makan supplement bagai, vitamin-vitamin ni mana ada tapi dia orang maintain sihat, hot & spicy sebab apa? Sebab pemakanan, cara hidup dan persekitaran masa tu lain. Tak sama macam kita. Kita ni semua benda kita sebat. Kalau boleh telan fast-food tu setiap hari. Tak termasuk lagi minum air bikarbonat bergelen-gelen. Air manis pagi petang siang malam. Nak minum air puteh ni memang liat. Kalau minum pun tu ha, yang dalam peti ais. Air sejuk dalam peti ais, tambah pulak dengan air batu (ais). Baru sedapkan. Nak bersenam keluarkan peluh setitik dua memang susah. Sayang takut lemak-lemak tepu tu hancur. Tu belum lagi hidu asap kereta lori tiap-tiap hari.  

Zaman dulu mana ada dik non oi. Nenek dengan atuk kita dulu-dulu sebelum subuh dah bangun mandi semua. Lepas solat terus ke kebun, buat kerja yang keluarkan peluh. Pagi sarapan dengan ubi kayu rebus cicah sambal bilis atau kelapa je. Lepas tu sambung kerja. Pencemaran alam pun kurang. Tak dak nya diaorang nak kena hidu asap lori dan kilang macam kita sekarang ni. 

Nak try Supplement Shaklee tapi mahal? Ya ka Mahal?

Banyak faktor yang menyebabkan kita hari ini MESTI makan supplement untuk kesihatan diri dan keluarga. Untuk kurangkan risiko memdapat penyakit dan sebagainya. Walaupun nampak supplement Shaklee ni macam mahal tapi sebenarnya murah berbanding supplement lain di pasaran. Contohnya vitamin C shaklee. Harga rm96.05 (180 biji) , jadi harga sebiji lebih kurang 53sen je. Makan dua biji sehari boleh tahan 3 bulan. Sehari dalam rm1.20 sahaja. Kalau dapat harga ahli, lagi murah. Harga sebiji dalam 43sen je. Berbaloi baloi. Dah la Sustained Release. Maksudnya vitmin C shaklee ni tak kan larut sesenangnya dalam air dan biar buah pinggang bekerja keras nak buang lebihan vitamin C dari badan. Sebab ianya Sustained Release jadi dicipta vitC shaklee melarut dalam badan secara berperingkat-peringkat. Setiap sejam larut satu lapisan. Ada 5 lapisan semuanya. Jadinya vitamin C shaklee ni boleh meresap dalam badan dengan baik.


Sustained Release VitaC





Friday 1 April 2016

Pengalaman Bersalin 2

Pengalaman Bersalin 2

Masa mula Aishah lahir tu, dia tak menangis. Dah ditepuk-tepuk pun tak menangis. Bila akak nurse angkat dia tunjukkan dekat saya barulah buka mata sikit dan merengek sikit. Sikit jela. Nurse tunjukkan kemaluan anak saya ni. Suruh sebut lelaki ke perempuan. Tapi fokus saya bukan dekat situ. Mata saya dok kira jari kaki si anak. Kejap macam 5 putung jari kejap macam 6. Boleh pulak masa tu terkejut kenapa jari kaki Aishah ada 10. Huishh, kesan gas pelali kot. Bila saya dah sebut anak saya perempuan, barulah akak nurse tu letakkan Aisyah atas dada. Bagi ibu dia ni peluk anak. Nak kuatkan 'bonding' ibu dan anak tu. Nurse mintak suami iqamatkan bayi. Tapi suami saya buat dua-dua. Azan dan iqamat.  Tapi kejap je. Suami pun diminta keluar, nurse bawak Aisyah untuk di bersihkan dan sesi menjahit di mulakan. 

Nak di jadikan cerita, lepas uri ditarik tu doktor mintak adik pelatih ni tengok uri lengkap ke tidak. Dia orang cakap lengkap. Doktor nak mulakan sesi menjahit. Masa ni tak rasa sakit pun. Tapi mungkin Allah nak bantu, doktor tu periksa sendiri uri tadi. Dia rasa tak sedap hati kot. Sekali doktor periksa, memanglah tak lengkap. Ada yang tertinggal dalam rahim. Doktor korek. Buang. Masa ni rasa senak sikit. Sikit jela. Rupanya banyak gila yang tertinggal dalam rahim ni. Ya Allah. Rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati doktor tu buat double check. Lepas dia dah yakin semua uri dah keluar, dia teruskan proses menjahit. Saya tanya tak perlu scan ke nak tengok kot-kot lah ada lagi yang tertinggal. Dia cakap tak perlu. Nak dijadikan cerita sadis, doktor tu diperlukan dekat bilik bedah dengan segera. Jadi dia tinggalkan saya dalam keadaan jahitan tadi belum siap. Doklah terkangkang macam tu. Masa tu dah tak larat sangat, saya mintak adik pelatih tu tolong pegangkan lutut. Saya betul-betul tak larat. Kesian budak tu. Dah lah kaki saya ni berat. Lebih kurang sejam atau 45 minit lepas tu baru doktor senior datang. Itu pun adik pelatih lagi seorang tolong panggilkan. Sebab kesian sangat tengok saya. Doktor senior ni membebel kenapa tinggalkan pesakit dalam keadaan macam tu. Masalahnya saya yang kena dengar. Doktor sambung sesi menjahit. Masa ni sakit sangat. Saya sedut gas pelali tu. Tak tahan. Tapi ada masalah sebab katanya kulit tebal. Katanya kulit awak ni tebal sangat ni. Ishh, susahla nak jahit ni. Aduhla doktor..saya rasa doktor ni tension atas beberapa faktor, satu sebab sangat ramai pesakit sampai doktor tak cukup. Nak- nak lagi musim banjir. Dua, dia tak cukup rehat sebab nampak mata pun sebam. Muka penat gila. Tiga, dalam keadaan dia tension, dia kena siapkan kerja orang lain. Haha. (Memandai je) 

Dah siap jahit, adik-adik pelatih cakap tadi uri tak lengkap tapi doktor dah buang. Doktor senior ni kurang yakin kot, jadinya dia korek sekali lagi. Dan pastinya masih ada yang tinggal. Yang ni dia marah. Katanya bahaya bla bla bla. Dah siap tu dia mintak maaf. Saya okay aja cuma rasa trauma. Lepas tu saya tertido. Tak lama lepas tu datang akak-akak nak tukarkan kain saya, masa ni kena korek sekali lagi untuk buang darah-darah yang berketul-ketul supaya masa dalam pantang tu tak sakit. Redha jela. Dia orang pindahkan saya, bagi minum air milo dan roti. Nak bagi ada tenaga. Dan Jururawat bawak anak saya. Mintak kasi susu. Saya kata tak dak susu. Akak kata nak bagi ada susu kenalah kasi anak hisap. Saya suakan puting, Allah itu Maha Bijaksana. Walaupun Aisyah tak nampak puting ibu dia kat mana, tapi dia boleh sua-sua kan mulutnya dekat dada saya. Fitrah. Tiada sesiapa pun yang ajar anak kecil ni, tapi dia tahu buat gaya nak susu tu macam mana. 

Kami dok tunggu nak masuk wad tu lama jugak sebabnya katil penuh. Dalam jam 11 pagi barulah kami ditolak masuk dalam wad. Doktor mintak tunggu Aisyah berak dan kencing dulu barulah boleh balik. Masa waktu melawat, barulah saya pergi mandi. Cuci semua. Tapi rasa ngilu sangat dekat bahagian bawah tu. Lebih-lebih lagi masa nak buang air kecil. Saya rasa sebab tersalah cucuk tiub kencing masa dalam labour room tu kot. Aisyah dah buang air kecil. Air besar je belum lagi. Dalam jam 3 petang, doktor mintak masuk bilik khas untuk periksa jahitan luka tu. Semua okay dan masa ini doktor korek buang sisa-sisa darah yang berketul-ketul tu. Petang, lepas Aisyah dah buang air besar, kami di benarkan pulang. 
Pengalaman bersalinkan Aisyah buat saya trauma beberapa minggu. Setiap kali pejam mata, mesti teringat kisah kena korek banyak kali tu. Berbeza dengan kakak saya , walaupun lahirkan anak di hospital yang sama. Dia tiada masalah macam saya. Saya, setiap kali pejam mata, tergambar semula semua yang berlaku. Automatik lutut terketar-ketar. Sampai menangis malam-malam. Haih.Kesimpulannya setiap orang ada pengalaman yang berbeza. Suami dan keluarga memainkan peranan yang penting untuk hilangkan rasa trauma si isteri tu. Bukan tambah menyerabutkan kepala si ibu masa dalam pantang. Sebabnya, masa dalam pantang, si ibu sangat lemah. Lemah dalam semua aspek. Jadi, tolanglah fahami keadaan ibu dalam pantang ini ya. Masalah yang kecil boleh bagi kesan yang besar kepada ibu berpantang. 

Saturday 12 March 2016

Pengalaman Bersalin

Pengalaman Bersalin 

Hohoho. Dah lama menyepi. Berbulan-bulan. Buzy bebenor. Okeh. Kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman bersalinkan Aisyah Humairah puteri tersayang. 
Anak sulung saya ni, tak mahu keluar tepat pada masa yang doktor jangka. Nak duduk lama sikit dalam rahim ibu. Takut agaknya dengan dunia luar ni. Heheh.  Doktor pesan, kalau dalam masa seminggu dari tarikh yang dia bagi tu saya belum ada tanda nak bersalin, makanya dengan seikhlas hati perlulah saya tidur di hospital.
Masuk wad. Hospital kerajaan je tau. Hamba ini rakyat marhaen sahaja. Kurang mampu nak pi hospital swasta. Ahaks :) Dekat hospital, doktor cakap, kita tunggu sampai cukup 10 hari. Kalau kata belum bersalin jugak, pihak hospital akan bagi 'induce'. Kalau dah sampai tiga kali induce, jalan tak buka juga, makanya redhalah anda untuk dibedah. Ohmaiii. Operate!! Dalam hati tak payah cakap macam mana cuaknya perasaan tapi muka maintain. Muka toya. Mungkin sebab muka blur blur campur toya, puan doktor yang baik hati pun terangkan pasal induction of labor (orang kampung panggil 'induce' ja ) tu. Dia guna bahasa kampung je. Supaya senang faham. Hahaha. 

Katanya puan doktor, induce tu perlu untuk rangsang 'contraction' pada rahim ibu. Contraction ini keadaan rahim kuncup kembang kuncup kembang nak tolak bayi keluar ( ha. Bahasa kampung yang mudah nak paham). Tiga kali induce, kalau bayi tak keluar jugak, kena operate sebab takut bayi lemas katanya. Induce sangat perlu untuk ibu-ibu yang terlebih jangka/terlebih tarikh (overdue) sebab pakar kesihatan risau, uri kita tak mampu lagi nak kasi oksigen dan zat-zat dekat bayi. Kiranya macam uri tu dah tua. Dah tak boleh nak serap zat, vitamin dari badan ibu untuk di beri pada anak dalam rahim. 

Saya dapat induce kali pertama waktu pagi. Orang lain yang kena induce, beberapa jam lepas tu terus kena pergi labor room. Tapi saya boleh lagi lalalalala sebabnya tak rasa sakit pun. Tak dak contraction langsung. Lepas tu doktor suruh pergi periksa 'jalan'. (Laluan untuk bayi keluar) dah terbuka berapa cm. Malangnya tetap dua sentimeter (2 cm) macam sebelum ni. Tak dak perubahan. Doktor suruh tunggu sampai petang. Petang tu dah rasa sakit sikit-sikit. Tapi masih boleh gelak-gelak dengan ibu-ibu lain yang seangkatan. Diaorang suruh saya jalan banyak sikit. Pusing-pusing dalam wad. Bangun duduk bangun duduk untuk rangsang kelahiran. Saya ikut aje. Anak sulung kan, manala ada pengalaman lagi. Tanya mak dan ibu mentua, dia orang pun tak dak pengalaman kelahiran overdue ni. Dalam jam 5 petang, contraction makin kuat. Adik-adik jururawat yang sopan-sopan kiut-miut  ni tolong pasangkan satu alat dekat perut saya. Untuk tengok contraction tu kuat mana. Untuk dengar jantung anak. Itu yang buat ibu-ibu tak putus-putus doa supaya anak yang di kandung selamat di lahirkan. (Dengar jantung anak berdegup, rasa excited)

Nak dijadikan cerita, alat yang adik jururawat ni pasang dekat perut saya ni longgar, kejap-kejap turun. Kejap-kejap ke kanan, kejap-kejap bayi dalam perut gerak ke lain. Jadi bacaannya pun lari. Bila ketua jururawat tengok graf tak cantik, terus bebel dekat adik jururawat dan jugak saya. Katanya saya aktif sangat. Macam-macamlah. Tapi saya diamkan aja sebab tu 'kawasan' dia. Haha. Lepas tu ada pelawat datang (my beloved husband and my lovely sisters). Datang bawak nasi. Tapi sebab contraction macam dah kuat, saya tak lalu makan. Nak makan kurma sebiji pun rasa susah. Contaction yang saya alami tak macam ibu-ibu yang tak di induce. Selalunya contaction yang asli ( tanpa induce ) selang masa dia sekata. Contohnya, contaction dua minit, reda seminit. Yang saya ni contaction nya memanjang. Redala 10-15 saat. Contaction lagi. Masa ni dah tak da nak lalallala. Dah tak boleh nak senyum lebar. Adik saya Norlaila Arjon dengan kasih sayangnya urut-urut belakang (bahagian pinggang) untuk kurangkan sakit. Lepas solat Magrib, saya diminta masuk bilik doktor untuk cek 'jalan'. Alhamdulillah dah up cikit bukaannya. 3 sentimeter. Doktor cakap contaction dah makin kuat. Jadinya dia kasi saya ubat untuk buang air besar. Lepas tu makin kuat perut memulas.  Dok ulang alik pi bilik air. Buang air besar. Ada darah pekat-pekat keluar ikut 'jalan'. Tapi tak banyak. 
Lepas isyak, doktor suruh masuk bilik lagi. Kali ni doktor besarkan bukaan 'jalan' tu. Doktor risau sebab pangkal rahim masih tebal, keras lagi. Sepatutnya bila dah induce kali pertama (doktor masukkan ubat prostaglandins), akan akan tanda (pangkal rahim (servix) lembut dan menipis) - sebagai persediaan untuk bayi keluar. Malangnya saya tiada tanda-tanda tu. Dia bukakan 'jalan'. Besarkan jalan.Biar terbuka sikit. Guna jari la kan. Bukan peralatan besi ya. Memang tu satu-satunya cara nak ukur bukaan 'jalan'. 
Dalam jam 11 lebih saya di tolak masuk ke labor room. Bukaan jalan dah 6cm.

Masa ni time banjir besar dekat Kelantan. Jadinya, semua doktor pakar , doktor biasa, doktor praktikal, jurarawat sibuk sangat-sangat. Ramai orang nak bersalin. Bilik kosong tak ada. Jadi saya kena tunggu dekat koridor. Sakit pulak makin kuat. Dengar orang menjerit-jerit. Aduhh, tension. Masa ni suami saya belum sampai. 
Dok tertungu seorang diri. Jam 12, dapat masuk bilik. Alat yang sama dipasang dekat perut. Nurse pun tinggalkan saya pergi uruskan pesakit lain. Ibu di bilik sebelah dok jerit sakit-sakitla. Ibu di depan pun menjerit.  Sumpah seranah siap. Datang doktor praktikal dua orang. Saya cakap, nak kencing. Nak pergi bilik air. Dia tak kasi. Jadinya dia masukkan satu salur paip kecik, untuk saya kencing. Rupanya dia orang tak yakin nak sumbat salur tu dekat mana, tersalah cucuk. Saya cakap, berhentila dik. Sakit sangat ni. Akak rasa awak dah salah tempat cucuk ni. Memang perit. Adik-adik ni pun keluar. Nak cari doktor. Datang pulak doktor senior. Periksaan bukaan 'jalan'. Dia mintak izin nak pecahkan air ketuban. Dia masukkan satu pengait plastik dekat kemaluan (vagina ) untuk kait selaput ketuban dan pecahkannya.  Teknik ni di panggil amniotomy. Ingat-ingat lupa namanya. Salah satu teknik induction of the labor (induce- bahasa pasar). Banyak gila air nya. Doktor pun cakap air tu banyak. Lepas air ketuban dah pecah tu, Contraction makin kuat la. Masa ni husband dah sampai. Temankan saya dalam bilik tu. Kesian dia, tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Mesti penat sungguh. Maklumlah suami saya ni peniaga kedai borong dan runcit. Memang dari pagi sampai ke malam kerja. Owhh. I Love You Mr Husband. 

Tapi masa tu rasa sakit sangat, jadi saya tak kasi dia tidur. Hahah. Nampak je dia tertidur, saya kejut. Buat ayat-ayat sedih. Rasa jahat pulak. Yang malunya, saya terkencing atas katil tu.  Memang tak boleh tahan. Cakap kat nurse, dia suruh tunggu doktor datang. Kita memang dah tak tahan. Makanya terkencingla hamba di situ. Suami saya jatuh kesian tengok isteri dia ni. Saya rasa nak nangis sebab tak da seorang pun kakitangan hospital yang tolong. Kami tak da pengalaman. Tak tahu caranya. Suami pun gosok kepala saya.  Mintak saya sabar. Sejam lepas tu baru doktor pelatih datang lagi. Kali ni dua orang doktor pelatih dan seorang doktor baru  tamat latihan. Diaorang tukar alas katil ( tisu tebal dan plastik). Sedih rasa. Dah sejam baru datang. Saya dah berendam dengan air kencing sejam dah. Lepas tu cek jalan lagi. Datang pulak nurse. Gaduh dengan doktor ni. Nurse cakap dah boleh teran. Bukaan dah sembilan cm. tapi doktor cakap belum, bukaan baru tujuh cm. Suami saya mintak diri. Pergi solat. Tenangkan hati. Saya tertido kejap. Haha. Sempat lagi. Penat sangat tahan sakit. Nurse mintak saya hidu gas untuk tahan sakit contraction tu. Saya tak mahu. Tapi apa yang saya perasan dia masukkan ubat ikut drip. Rupanya itu ubat Oxytocin. Ubat ni doktor kasi sebab proses kelahiran tu masih perlahan walaupun contraction dah kuat. Nurse cakap dalam masa 12-24 jam kalau saya belum boleh melahirkan , pembedahan caesarean akan dilakukan.   Tak boleh nak fikir dah masa tu. Yang saya ingat, saya dok istigfar tak berhenti dan doa supaya dapat tahan. Saya doa sungguh-sungguh supaya saya sabar. Supaya saya dapat tahan rasa sakit tu tanpa perlu jerit-jerit. Tapi rasa sangat sakit. Macam urat-urat dekat pinggang ni putus. Masa ni saya sedut jugak ubat untuk tahan sakit tu (gas pelali kot)
Tapi yang peliknya saya tak rasa pun sakit contraction tu berkurangan. 

Tiba-tiba terdengar orang sebelah menjerit. Cakap doktor bodoh. Aduhhla. Kenapala sampai gitu. Hati saya makin cuak. Doa lagi supaya tak keluar dari mulut dan hati perkataan-perkataan kasar. Saya perasan akak nurse tu tunggu saya. Dia dok pegang alat yang diletakkan dekat perut saya tu. Tersengguk-sengguk akak tu. Saya nak kejut, tapi kesian. Tengok jam dah pukul 5 pagi. Harapnya bersalin sebelum subuh sebab saya dah tak larat nak angkat badan. Sepanjang malam tu tak tahu berapa kali periksa bukaan 'jalan'. Sesungguhnya hamba redho. Dalam jam 5.05 pagi saya rasa nak meneran. 

Rasa yang macam nak terberak time sembelit tu.  Kepala sembelit. Haha. (Kotornya la perumpaan pun)
Tapi rasa tu bukan dekat dubur. Rasa tu dekat 'jalan'' dengan skala kesakitan beratus kali ganda. Nurse keluar panggil doktor tadi. Datangla semua tiga-tiga. Doktor mintak adik pelatih tolong saya buang air kecil. Opkos guna paip kecik macam tadi. Bila dia tengok adik-adik ni tersalah cucuk lagi, dia sekolahkan budak-budak tu kejap sambil tangan dia bergerak letak paip tu ditempat yang betul. Amik kau, banyak gila air kencingnya. Agak berbau. Doktor cakap ni tanda masa mengandung, kencing tak lawas. Katanya lagi penting untuk buang air kencing supaya senang nak meneran. Tiga kali teran tak keluar, kepala anak dah nak keluar tapi bila saya tarik nafas, kepalanya masuk semula.  Salah teknik kot. Nak tak nak terpaksala gunting sikit. Masa ni saya tak ingat ada contraction ke tak. Tapi tak rasa sakit sangat dah. Mungkin sebab dah tiga kali teran tapi baby tak keluar akak nurse tu guna siku dia tekan atas perut saya, bahagian bawah dada. Mungkin nak tolong saya beranak.  Doktor cakap, kalau lambat push, nanti anak lemas. Oh my Allah, dengar je dia kata gitu, saya teran sehabis daya. Betul-betul teran. Alhamdulillah kepala keluar. Doktor sambut kepala tu. Masa kepala anak keluar tu la suami saya masuk baru masuk semula dalam bilik. Dia punyala terkejut tengok anak dia keluar sampai terkaku. Besar mata dia tengok.  Ingat nak pengsan kat situ dah. Haha. Satu yang saya perasan, keluar je kepala, memang senang badan anak nak keluar. Ya Allah nikmatnya rasa masa tu. Dah lupa sakit sebelum ni macam mana. Yang saya tahu, sangat sakit tapi entahla. Betul-betul lupa macam mana. Nikmat Allah kasi :)
Tengok muka anak, terus lupa benda lain. Allahhhh, Alhamdulillah.  Rasa macam lepas hutang 50 juta. Rasa beban bertan-tan dekat bahu tiba-tiba hilang sekelip mata.  Tepat jam 5.10min pagi, maka lahirlah seorang puteri di hati kami, Aisyah Humairah. Inilah dia puteri hamba, dah 15 bulan berlalu



Friday 4 September 2015

Aishah Kena Gatal-gatal pada Kulit

Umumnya kebanyakkan bayi ada mengalami penyakit kulit. Gatal-gatal biasa, merah-merah hinggalah ruam yang teruk. Bila baby dah pandai menggaru, lagilah bertambah-tambah merahnya. Kadang-kadang boleh sampai luka-luka kulitnya. Tambahan pulak kalau ibu lupa nak potong kuku si baby tadi, makin sedaplah si comel menggaru. 

Kesiankan, kalau tengok badan anak merah-merah, gatal-gatal. Saya nak kongsi satu cerita. Pasal si tuan puteri Aishah Humairah binti Nhasrullah ni. Anak saya ni tahan lasak orangnya.  Haha. Dalam masa lapan bulan lebih umur dia ni, jarang sangat nak demam. Baru dalam dua kali. Itu pun sehari dua aja dia demam. Tapi itulah, hati ibu kan, mesti risau jugak walaupun sekejap saja dia demam. Jatuh katil pun jarang sangat dia nangis. TAPI...dia senang dapat sakit kulit. Kurap susu, gatal-gatal, ruam tak payah cakap. Memang berkali-kali. Tambah-tambah kalau ibunya makan telur dan makanan laut (ketam, udang, sotong, tiram). Ha, memang kejap je naik ruam-ruam tu. Nak- nak pulak  kalau terkena susu ibunya kat pipi. Cepat je jadi gatal.

Pernah juga Aishah kena campak, yela, baru lapan bulan. Vaksin untuk Campak ni setahun baru dapat. Macam-macam krim saya sapu. Krim amik dekat Klinik Kerajaan, beli dekat Klinik Swasta, beli dekat farmasi. Tapi tak menjadi. Pernah guna krim gatal yang kuat sikit, untuk orang dewasa. Sebab kesian, dia tak boleh tidur. Asyik menangis, lepastu garu-garu pipi dan leher dia. Tambahan pulak kalau cuaca panas. Lagi lah kuat dia menggaru. Kusyuk gitu. Sebab krim tu untuk orang dewasa, makin teruk jadinya pipi dan leher Aishah. Menggelupas. Kering. Lagilah dia garu. Sampai luka, kalau dah luka tu , confirmlah berdarahkan. Jadi memandangkan saya pengguna tetap set pre-natal, set post-natal, set menyusu SHAKLEE, saya ambil inisiatif cuba HERBA-BLEND dan VIVIX. Alhamdulillah, sesuai dengan dia. Allah bagi izin supaya dua-dua produk ni sesuai dengan anak saya :)

Cara Atasi

Memandangkan Aishah Humairah ni baby lagi, jadi saya sapu nipis-nipis aja kat tempat gatal tu. Kadang-kadang saya guna HERBA-BLEND (time gatal yang biasa-biasa) dan VIVIX (time gatal teruk). Kadang-kadang VIVIX tu saya kasi makan cikit. Sangat-sangat cikit (hujung-hujung jari kelingking - yang ini SHAKLEE tak syorkan, atas tanggungjawab sendiri :) ). Tapi bila bagi makan, selalunya bila berak tu, banyaklah cikit najis yang keluar. 


Gambar Aishah sebelum dan selepas guna VIVIX. Ruam lampin boleh guna HERBA- BLEND sahaja. VIVIX tak sesuai untuk sapu dekat tempat yang kena ruam lampin sebab VIVIX ni rasa masam-masam manis. Cuba klik pada gambar untuk nampak lagi jelas. 


Friday 6 February 2015

PENGALAMAN SEBELUM BERSALIN 1

Okeh, hari ni nak cerita pasal pengalaman sebelum bersalinkan "walid's precious princess" si puteri Aisyah Humairah. Tarikh yang doktor bagi adalah 4 Disember 2015. Tiga hari sebelum tu, dengan perut yang sangat besar , aku pergi buat check-up dekat Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.Rutin setiap dua minggu. Untuk pengetahuan, awal-awal mengandung , si ibu kena pergi buat check-up perut sebulan sekali. Tapi bila dah masuk bulan ke - 8 (kalau tak silap) check-up perut kena buat dua kali sebulan.

Nurse cakap kalau seminggu lagi aku  belum bersalin, aku kena pergi lagi untuk check-up. Seminggu lepas tu aku pergi sekali lagi. Kali ni kena rujuk doktor. Lawa dan sopan doktornya. Dia scan baby. Doktor cakap, anak aku sihat, aktif, air ketuban pun normal. Overall, semua okay lah. Yang KO nya, aku belum beranak lagi padahal dah lewat 4 hari. Doktor tanya betul ke tarikh period yang aku kasi tu. Period aku normal ke tidak. Aku cakaplah yang tarikh tu betul dan period aku normal je. Takdela sebulan datang lepas tu tak datang. Kalau lewat pun sehari dua je. Takde sampai dua tiga minggu. Dia cakap okayla kalau gitu. 

Aku tanya puan doktor, kenapa kalau period tak normal, ada effect ke. Dia cakap kalau tarikh period tak normal, dia orang susah nak kira tarikh yang betul untuk bersalin tu dan boleh jadi macam-macam kes nanti. Untuk effect bagi tarikh salah, aku akan kongsi dalam entry lain ye. Selalunya, doktor akan  kasi tarikh beranak 40 minggu dari hari pertama period kita yang akhir. Contohnya, macam aku. Hari pertama untuk haid yang terakhir adalah pada 27 Februari 2014, jadi tarikh yang dia orang predict adalah pada 4 Disember 2015. 

Memandangkan anak aku tak nak keluarlagi, doktor cakap kalau 11 haribulan aku belum bersalin, maka hendaklah aku dengan rela hati pergi ke hospital untuk tindakan lanjut. Doktor bagi surat untuk aku bawak masa pergi hospital tu. Dia stapler kemas-kemas surat tu. Tapi sempatla aku intai apa yang doktor tu tulis.Walaupun tulisan dia macam cakar ayam, tapi aku fahamla cikit-cikit sebab tulisan aku buruk cikit je dari tulisan dia. Sambungan seterusnya dalam entry "register hospital  

P/S: Dekat muka depan buku merah rekod kesihatan ibu tu, ada THA(LNMP). yang tu tarikh hari pertama period si ibu yang akhir. TAL(EDP) pulak tarikh yang dia doktor predict untuk si inu bersalin.